Apakah NF-1?1,2
Neurofibromatosis jenis 1 adalah sesuatu yang ada pada sesetengah kanak-kanak sejak lahir.1,2 Anda mungkin kadang kala berasa sedih atau marah, tetapi menghidapi NF-1 tidak bermakna anda tidak boleh berseronok dan menikmati kehidupan seperti orang lain!
1 daripada 3,000
kanak-kanak dilahirkan dengan NF-11
Hal ini disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil DNA. DNA ialah seperti satu set peraturan yang mengatur bagaimana badan anda patut membesar. Anda mendapat separuh peraturan tersebut daripada ibu anda, dan separuh lagi daripada bapa anda.
Disebabkan DNA setiap orang adalah unik, setiap orang adalah berbeza dan tiada dua orang yang betul-betul sama. DNA anda memberi peraturan yang menyebabkan perubahan pada badan anda yang tidak ada pada orang lain.3 Kedengaran seperti anda keseorangan, tetapi ingat ratusan ribu bayi dilahirkan setiap hari di seluruh dunia! Terdapat lebih daripada 2 juta orang menghidapi NF-1 di dunia hari ini.1 Anda tidak keseorangan!