

Rawatan Kosmetik
Rawatan Kosmetik
Rawatan Ortopedik
Rawatan Neurologi
Rawatan fungsi otak dan psikologi
Rawatan Glioma Optik
Rawatan kardiovaskular
Rawatan plexiform neurofibroma
Ketumbuhan sarung saraf periferal malignan
Rawatan Kosmetik1,2
Sementara terdapat banyak kebimbangan berkaitan kesihatan dalam NF-1, satu lagi faktor adalah kesan yang boleh ditimbulkan oleh NF-1 terhadap penampilan seseorang kanak-kanak.1, 2 Tompok pada badan berwarna kopi susu biasanya tidak dikaitkan dengan komplikasi perubatan, dan mungkin boleh disembunyikan dengan solekan. Keberkesanan rawatan laser belum dibuktikan, tetapi anda boleh berbincang tentang semua pilihan yang tersedia dengan pasukan penjaga kesihatan anak anda.2
Menghilangkan benjolan dengan pembedahan atau terapi laser mungkin boleh dilakukan, 2 tetapi jika neurofibroma berada pada muka atau leher, adalah sangat perlu untuk anda berunding dengan pakar bedah plastik terlebih dahulu.
