Accessibility Tool

banner
figure

Bagaimana doktor anda tahu anda mempunyai NF-1?1

Sesetengah tanda NF-1 sudah wujud pada badan anda sejak anda masih bayi. Sesetengah tanda pada badan anda boleh dilihat dan sesetengah yang lain juga mungkin boleh dirasai oleh anda.

Sesetengah tanda NF-1 tidak dapat dilihat. Doktor dan jururawat mempunyai cara untuk melihat semua tanda NF-1 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh anda dan keluarga anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang
akan membantu doktor anda mengetahui jika anda mempunyai NF-11:

figure 2
figure 2

Tompok-tompok berwarna coklat muda1

Ramai orang dengan NF-1 mempunyai tompok-tompok berwarna coklat muda di seluruh badan mereka.

figure 2

Jeragat1

Sesetengah orang dengan NF-1 mempunyai banyak jeragat di sekeliling ketiak, bahagian bawah perut, dan di bahagian atas paha mereka.

figure 2

Mata1

Doktor mungkin akan memeriksa mata anda untuk mengesan tanda-tanda NF-1 dengan menggunakan cahaya terang.

figure 2

Kulit1

Ramai orang dengan NF-1 mempunyai benjolan di permukaan kulit atau di bawah kulit mereka.

figure 2

Tulang1

NF-1 boleh menyebabkan pertumbuhan tulang anda sedikit berlainan. Doktor anda mungkin memeriksa ketinggian anda atau seberapa lurus kaki anda.

figure 2

Gen1

Seorang doktor yang dikenali sebagai pakar genetik akan mencari peraturan DNA yang hanya terdapat pada orang yang menghidapi NF-1.